Bahana Trump: Jualan Dolar Amerika Diteruskan Sejak 5 Minggu Lalu

Bahana Trump: Jualan Dolar Amerika Diteruskan Sejak 5 Minggu Lalu

Ketika ulasan ini ditulis, Dolar Amerika diniagakan menghampiri harga terendah buat 7 minggu berbanding mata wang utama dunia. Ini merupakan penyusuta

Ketika ulasan ini ditulis, Dolar Amerika diniagakan menghampiri harga terendah buat 7 minggu berbanding mata wang utama dunia. Ini merupakan penyusutan Greenback buat 5 minggu berturut-turut. Sesi jualan Dolar ini berikutan kebimbangan polisi ekonomi yang terlalu mementingkan US tanpa memikirkan negara lain.

 

Indeks US Dolar yang digunakan bagi menyukat kekuatan Greenback berbanding 6 mata wang utama dunia diniagakan pada paras 100.08 setelah mencatat harga terendah harian 99.88 ketika ulasan ini ditulis. Harga terendah sebelum ini dicatatkan pada 8 Disember 2016.

 

Hari Isnin lepas, Trump telah menandatangani Executive Oder bagi US menarik diri secara rasmi daripada Trans-Pasific Partnership. Penarikan diri US ini dilihat pasaran sebagai menjauhi prospek ekonomi bersama negara Asia yang terlibat termasuk Malaysia sendiri.

 

Trump juga telah berhasrat berunding semula North American Free Trade Agrement NAFTA bersama Mexico dan Kanada. Kejatuhan Dolar melambangkan kebimbangan pelabur terhadap polisi kekaburan polisi Trump dan ditakuti memperlahankan pertumbuhan ekonomi yang diwarisi daripada Presiden Obama.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: