Bancian Potongan Kadar Faedah BOE

Bancian Potongan Kadar Faedah BOE

Kadar faedah 0.5% Bank England, BOE yang diguna pakai sekarang merupakan tetapan sejak Mac 2009. Mengikut satu bancian yang dijalankan Bloomberg ke at

Kadar faedah 0.5% Bank England, BOE yang diguna pakai sekarang merupakan tetapan sejak Mac 2009. Mengikut satu bancian yang dijalankan Bloomberg ke atas 47 pakar ekonomi, 45 daripada koresponden memberi pendapat BOE akan memotong kadar faedah kepada 0.25%. Angka ini jika menjadi kenyataan merupakan nilai terendah dalam rekod BOE.

 

Khamis ini BOE akan mengumumkan polisi kewangan terkininya. Para pelabur menggelar Khamis ini sebagai Super Thursday. Dijangkakan BOE akan membentangkan juga beberapa langkah rangsangan bagi memperbaiki ekonominya. Selepas brexit, ramai pakar ekonomi menjangkakan ekonomi UK akan merudum. Walau bagaimanapun kesan sebenar brexit masih samar-samar.

 

Semalam data pembuatan PMI UK menunjukkan nilai paling rendah sejak awal 2013. Data semalam menambahkan lagi tekanan terhadap pembelian Pound Sterling.

 

Penafian: Ini hanyalah pendapat penulis dan tidak menggambarkan pendapat umum dan lain-lain individu

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: