Bank-bank Di Rusia Cuba Yakinkan Pelanggannya Selepas Sekatan Negara Barat

Bank-bank Di Rusia Cuba Yakinkan Pelanggannya Selepas Sekatan Negara Barat

Bank-bank Rusia pada hari Jumaat bertindak balas terhadap sekatan yang dikenakan ke atas mereka susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine. Ameri

Bank-bank Rusia pada hari Jumaat bertindak balas terhadap sekatan yang dikenakan ke atas mereka susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Amerika Syarikat telah mengumumkan sekatan ekonomi yang berat terhadap Rusia kerana telah menghantar tenteranya di kawasan-kawasan sempadan Ukraine.

Kesatuan Eropah juga telah meluluskan satu pakej tindakan yang luas, bertujuan untuk menjejaskan sektor kewangan, tenaga dan pengangkutan Rusia selain daripada mengekang keupayaan rakyat Rusia untuk menyimpan sejumlah besar wang tunai di bank-bank Eropah.

Dalam satu kenyataan bersama, bank-bank terbesar di Rusia seperti Sberbank, VTB, Alfa Bank dan Otkrytie berkata mereka akan berdiri bersama untuk memastikan “fungsi tanpa gangguan seluruh pasaran kewangan”.

“Kami mempunyai kecairan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan, tiada sekatan ke atas pengeluaran tunai, sama ada dari mesin tunai atau di cawangan bank,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Realiti bagaimanapun berbeza apabila media tempatan melaporkan terdapat banyak barisan-barisan yang panjang di luar bank serta kekosongan mesin-mesin ATM.

Di tengah-tengah sekatan, kami sedang menyelaraskan kerja kami dan dengan Bank Pusat bagi memastikan operasi tidak terganggu,” tambah mereka.

“Sejak beberapa tahun lalu, kami telah belajar untuk hidup dan bertindak di bawah tekanan berterusan daripada sekatan. Kami tahu apa yang perlu kami lakukan dan sudah mula melaksanakan rancangan itu,” kata ketua VTB, Andrey Kostin.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: