Bank-bank Pusat Global Sedang Bersiap Sedia Menghadapi Kejutan ‘Tapering’ Fed

Bank-bank Pusat Global Sedang Bersiap Sedia Menghadapi Kejutan ‘Tapering’ Fed

Bank-bank pusat dunia kini sedang membentang beberapa asas peralihan untuk hidup dengan rangsangan global yang lebih kecil dengan kebanyakaan negara

Bank-bank pusat dunia kini sedang membentang beberapa asas peralihan untuk hidup dengan rangsangan global yang lebih kecil dengan kebanyakaan negara sedang memberi isyarat untuk keluar daripada dasar-dasar yang longgar.

Tindakan ini didorong oleh pengalaman buruk yang menghantui bank-bank pusat dunia apabila AS mengejutkan pasaran dengan ‘rate hike’ secara tiba-tiba.

Fed secara terbuka menyatakan komitmen mereka untuk mengekalkan kadar faedah menghampiri kosong dan tiada ‘rate hike’ akan diumumkan sekurang-kurangnya akhir tahun hadapan.

Namun begitu, ulasan-ulasan para pegawai Fed tentang tekanan inflasi akan dijadikan panduan bagi mendapat prospek yang lebih konkrit mengenai isu pengecilan program rangsangan beberapa bulan kehadapan.

Bank-bank pusat yang lebih terdedah dilihat sedang menguatkan sistem kewangan mereka untuk menangkis peralihan modal yang menimpa pasaran membangun ketika peristiwa ‘taper tantrum’ tahun 2013.

Peristiwa itu hanya dipicu oleh petunjuk bahawa Fed akan mengetatkan dasar selepas bertahun-tahun kekal dengan polisi yang longgar berikutan Krisis Kewangan Global.

“Terdapat perbezaan besar di antara ekonomi yang muncul dari wabak, dan negara yang sedang ketinggalan. Beberapa bank pusat negara membangun mungkin terpaksa menaikkan kadar untuk mempertahankan mata wang mereka, bahkan dengan mengorbankan ekonomi mereka yang masih rapuh,” kata Takahide Kiuchi, seorang bekas ahli lembaga Bank of Japan (BOJ).

“Trend ini akan lebih meluas jika Fed mengumumkan strategi pengecilannya dalam beberapa bulan mendatang. Perkara ini mungkin antara risiko bagi ekonomi global,” kata Kiuchi, yang kini berkhidmat sebagai ahli ekonomi di Nomura Research Institute.

Fed sebelum ini mengatakan mereka tidak akan mengurangkan rangsangan sehingga pasaran pekerjaan menunjukkan kemajuan yang besar.

Walaupun pemulihan pekerjaan sedang diperhatikan, inflasi yang terlalu tinggi boleh menimbulkan risiko untuk Fed mengetatkan dasar lebih awal daripada jangkaan.

Buat masa ini, pasaran sedang bersedia untuk berdepan kemungkinan Fed akan memulakan perbincangan mengenai strategi ‘tapering’ di simposium Jackson Hole pada bulan Ogos, dengan kemungkinan pengecilan akan dilaksanakan pada akhir tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: