Bank Dunia Biayai Tambahan Suntikan Vaksin Bagi Negara-Negara Miskin

Bank Dunia Biayai Tambahan Suntikan Vaksin Bagi Negara-Negara Miskin

Mekanisme pembiayaan baru yang diperkenalkan oleh Bank Dunia akan membolehkan negara-negara membangun membeli vaksin Covid-19 secara kolektif melalui

Mekanisme pembiayaan baru yang diperkenalkan oleh Bank Dunia akan membolehkan negara-negara membangun membeli vaksin Covid-19 secara kolektif melalui kemudahan Covax.

Covax dibentuk untuk memastikan 92 negara-negara membangun dapat mengakses vaksin koronavirus untuk memerangi wabak, dengan kos yang ditanggung oleh penderma.

Mekanisme baru akan membolehkan negara-negara tersebut membeli dos tambahan di atas subsidi yang sudah mereka terima melalui Covax, jelas bank dunia.

Dengan menggunakan wang dari Bank Dunia dan bank membangun yang lain, Covax akan melakukan pembelian lanjutan dari pengeluar vaksin berdasarkan permintaan terkumpul di seluruh negara.

Di bawah pengaturan kewangan Bank Dunia, hingga 430 juta dos tambahan, atau yang cukup untuk memberi suntukan sepenuhnya kepada 250 juta orang, akan tersedia untuk penghantaran antara akhir 2021 dan pertengahan 2022.

Negara-negara yang terlibat juga perlu memiliki kelonggaran dalam memilih untuk membeli vaksin tertentu yang sesuai dengan pilihan mereka.

Kemudahan Covax dipimpin bersama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pakatan Vaksin Global (GAVI) dan Gabungan Bagi Inovasi Persediaan Epidemik.

Mekanisme pembiayaan itu “akan membolehkan Covax membuka dos tambahan untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana” kata ketua eksekutif Gavi, Seth Berkley dalam satu kenyataan.

“Sementara kita telah bergerak melepasi sasaran awal dan membantu usaha negara-negara untuk melindungi sebahagian besar populasi mereka, pembiayaan Bank Dunia akan membantu kami bergerak lebih jauh ke arah matalamat untuk mengedalikan Covid-19”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: