Bank Dunia Gesa G20 Umumkan Lebih Banyak Pengampunan Hutang Kepada Negara Miskin

Bank Dunia Gesa G20 Umumkan Lebih Banyak Pengampunan Hutang Kepada Negara Miskin

Presiden Bank Dunia, David Malpass dalam satu kenyataan memberi peringatan kepada negara G20 bahawa kegagalan mereka memberikan keringanan hutang kep

Presiden Bank Dunia, David Malpass dalam satu kenyataan memberi peringatan kepada negara G20 bahawa kegagalan mereka memberikan keringanan hutang kepada beberapa negara akan mengakibatkan peningkatan kemiskinan didunia.

Malpass sebelum ini memuji kemajuan negara G20 dalam meningkatkan ketelusan hutang dan juga memberi pengampunan hutang kepada beberapa negara miskin.

“Pengampunan dan ketelusan hutang berkemungkinan menjadi satu pelaburan yang produktif, dan juga kunci bagi mendapatkan pemulihan lebih awal, lebih kuat dan lebih bertahan lama”, jelas beliau dalam sesi persidangan maya hari Sabut yang lalu.

“Kita perlu berhati-hati daripada melakukan satu tindakan yang terlalu sedikit, yang mana akhirnya akan mengakibatkan kegagalan pembayaran yang tidak teratur dan mengulangi penyusunan semula hutang yang berlaku pada 1980-an”, tambah Malpass.

Pada 1980-an yang dikenali dengan ‘lost decade’ memperlihatkan kebanyakan negara Amerika Latin gagal membayar hutang sehingga menghambat pertumbuhan ekonomi global.

Oleh itu, Malpass menggesa supaya lebih banyak pengampunan hutang diberikan kepada negara-negara miskin yang dilanda krisis Covid-19 seperti Chad, Angola, Ethiopia dan Zambia.

Beliau juga menyebutkan bahawa bank dunia kini sedang bekerjasama dengan G20 bagi menyelesaikan isu di negara-negara konflik seperti Sahel, Somalia, Lebanon, Gaza dan Tebing Barat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: