Bank Dunia: Pandemik Bakal Memaksa 60 Juta Orang Menjadi Miskin Tegar

Bank Dunia: Pandemik Bakal Memaksa 60 Juta Orang Menjadi Miskin Tegar

Bank Dunia dalam satu kenyataanya pada hari Selasa lalu berkata pandemik koronavirus berpotensi memaksa sehingga 60 juta orang seluruh dunia akan jat

Bank Dunia dalam satu kenyataanya pada hari Selasa lalu berkata pandemik koronavirus berpotensi memaksa sehingga 60 juta orang seluruh dunia akan jatuh ke dalam kemiskinan tegar.

Angka terus sekali gus akan melupuskan semua koleksi data penurunan angka kemiskinan yang direkodkan sejak tiga tahun yang lalu.

David Malpass, Presiden Bank Dunia mengatakan bahawa bank dunia telah pun menyalurkan pembiayaan program bantuan kepada 100 negara di bawah komitmen mereka dengan peruntukkan AS$160 billion bagi tempoh 15 bulan kehadapan.

Mereka juga menjangkakan akan berlakunya pengucupan sebanyak 5% pada ekonomi dunia tahun ini dengan impak terburuk adalah kepada negara-negara miskin.

“Anggaran kami sehingga 60 juta orang akan berdepan kemiskinan yang tegar, menghapus semua kemajuan yang dicapai untuk menurunkan kadar kemiskinan dalam tiga tahun terakhir dan ramalan kami menunjukkan kemelesetan yang mendalam,” kata Malpass.

Selain itu, sehingga hari ini, Bank Dunia telah membelanjakan AS$5.5 bilion (RM23.9 bilion) untuk menampung sistem kesihatan, ekonomi dan perkhidmatan sosial yang membelenggu negara miskin.

Namun, Malpass menekankan bahawa usaha Bank Dunia sahaja belum cukup menampung kekurangan dan menggesa supaya negara penderma lain untuk meningkatkan bantuan dua hala kepada negara-negara miskin bagi memastikan pemulihan yang bertahan lama.

Beliau turut menjelaskan pemulihan aliran pembayaran kiriman wang dan pelancongan, yang mana merupakan sumber pendaptan utama negara membangun akan menjadi satu langkah yang kritikal ketika pembukaan semula ekonomi.

Di samping itu, permintaan moratorium selama setahun dalam pembayaran hutang oleh negera-negara kurang membangun sebagaimana yang dipohon oleh G20 pada pertengahan April lalu dilaporkan semakin meningkat.

Menurut Malpass, 14 negara telah bersetuju menangguhkan pembayaran balik hutang sementara 23 negara lain dijangka akan memohon dan 17 lagi sedang mempertimbangkan secara serius.

“Itu adalah sambutan yang sangat baik dan sangat pantas dan tindak balas positif terhadap komitmen negara-negara G-20,” ujar Malpass.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: