Bank Dunia Peruntuk AS$2b Bagi Perkembangan Vaksin Di Negara Membangun

Bank Dunia Peruntuk AS$2b Bagi Perkembangan Vaksin Di Negara Membangun

Bank Dunia dalam satu kenyataan berkata mereka komited memperuntukkan dana sebanyak AS$ 2 bilion bagi membiayai vaksin Covid-19 di sebahagian 40 nega

Bank Dunia dalam satu kenyataan berkata mereka komited memperuntukkan dana sebanyak AS$ 2 bilion bagi membiayai vaksin Covid-19 di sebahagian 40 negara membangun.

Pengarah Urusan Operasi Bank Dunia Axel van Trotsenburg berkata peruntukan tersebut adalah sebahagian daripada sejumlah AS$ 12 bilion yang disediakan oleh Bank Dunia secara keseluruhan untuk program pembangunan, pengedaran dan pengeluaran vaksin di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam ucapan berasingan kepada jawatankuasa pembangunan pemberi pinjaman, David Malpass, presiden Bank Dunia, berkata bank menjangkakan komitmen ini dijangka berkembang kepada 50 buah negara dengan jumlah peruntukan sebanyak AS$4 bilion menjelang pertengahan tahun

Namun pegawai kesihatan awam yang turut hadir di forum yang sama memperingatkan bahawa perlumbaan antara koronavirus dan vaksin yang bertujuan menghentikan jangkitan tersebut berpotensi hilang jika pengedaran vaksinasi di negara berkembang tidak meningkat.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan bahawa vaksin yang ada dapat dibuat tidak berkesan jika virus terus menyebar dan bermutasi.

“Walaupun negara-negara yang memiliki peratusan kemajuan vaksin yang tinggi tetap tidak akan selamat kerana terdapat varian baru yang mungkin tidak dapat dihentikan oleh vaksin yang kita miliki.

“Bahkan akan menyerang negara-negara yang mungkin akan mencapai kemajuan imunisasi 100% beberapa bulan lagi”, jelas beliau.

Tedros juga menggesa supaya kerajaan-kerajaan meningkatkan usaha bagi menambah pengeluaran vaksin Covid-19 dan berkongsi bekalan, termasuk melalui pengabaian harta intelektual terhenti pada vaksin melalui Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: