Bank Islam Lanjutkan Bantuan Pembayaran Semula Bersasar

Bank Islam Lanjutkan Bantuan Pembayaran Semula Bersasar

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) akan meneruskan Bantuan Pembayaran Semula Bersasar Dipertingkatkan (ETRA) kepada pelanggan terjejas akibat COVID

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) akan meneruskan Bantuan Pembayaran Semula Bersasar Dipertingkatkan (ETRA) kepada pelanggan terjejas akibat COVID-19,

Langkah tersebut selari dengan seruan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada institusi kewangan untuk membantu para peminjam berdasarkan kedudukan kewangan masing-masing susulan penguatkuasaan PKP di seluruh negara.

“Selaras dengan Bantuan Pembayaran Bersasar (TRA) sedia ada yang ditawarkan mengikut kelayakan pelanggan, Bank Islam akan terus menawarkan lanjutan tiga bulan penangguhan ansuran pembiayaan dengan moratorium yang ada”, kata Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini.

Selain lanjutan moratorium sedia ada, BIMB juga memberi peluang kepada pelanggan yang telah memilih untuk mengurangkan bayaran ansuran pembiayaan melanjutkan tempoh bayaran selama enam bulan dengan keperluan dokumen sokongan yang lebih ringkas.

Bank Islam turut menjamin bahawa bantuan kewangan yang lain masih ada, tidak terhad kepada TRA, tetapi juga dalam bentuk bantuan jangka panjang yang lain seperti Pakej Penjadualan dan Pentrukturan Semula (R&R).

Bantuan juga terbuka kepaa pelanggan di pelbagai kumpulan pendapatan, perniagaan mikro dan pelanggan yang terjejas oleh PKP baru-baru ini, jelas Bank Islam.

Bagi menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) pada 12 Mei lalu, Bank Islam memohon para pelanggan supaya menghubungi pihak bank untuk maklumat dan bantuan lanjut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: