Bank Islam: Tawaran Pembayaran Semula Bersasar Dilanjutkan Sehingga Jun 2021

Bank Islam: Tawaran Pembayaran Semula Bersasar Dilanjutkan Sehingga Jun 2021

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dalam satu kenyataan semalam menyebutkan bahawa mereka akan melanjutkan tempoh bantuan pembayaran bersasar se

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dalam satu kenyataan semalam menyebutkan bahawa mereka akan melanjutkan tempoh bantuan pembayaran bersasar sehingga 30 Jun 2021.

Bantuan tersebut akan ditawarkan kepada individu yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji bulanan.

CEO Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, bagi mereka yang tidak terkesan dengan dua hal tersebut, Bank Islam masih menyediakan pilihan penjadualan dan penstrukturan pelan pembayaran pembiayaan yang lebih khusus.

Menurutnya, pihak bank sentiasa bersedia untuk berbincang dan menyediakan penyelesaian kewangan terbaik bagi membantu mereka mendepani keadaan yang mencabar ini.

Sejak pelaksanaan moratorium automatik April 2020, kadar kelulusan permohonan bagi bantuan pasca moratorium kepada perniagaaan adalah hampir 100 peratus, jelas beliau.

Selain itu, Bank Islam juga menyebutkan bahawa 98 peratus pelanggan telah menyambung semula komitmen pembayaran pembiayaan mereka.

“Pembayaran semula ini dapat memastikan kecairan dan sumber kewangan sentiasa tersedia bagi membolehkan Bank Islam terus memberikan sokongan kepada individu dan perniagaan lain.”, jelas Muazzam.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, Bank Islam turut memberi jaminan kepada para pelanggan mereka untuk mengakses platform perbankan dalam talian dan maya setiap hari.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: