Bank Kedua Terbesar Jerman Akan Buang 10,000 Pekerja & Tutup 340 Cawangan Menjelang 2024

Bank Kedua Terbesar Jerman Akan Buang 10,000 Pekerja & Tutup 340 Cawangan Menjelang 2024

Commerzbank Aktiengesellschaft, bank kedua terbesar di Jerman pada hari berkata mereka akan memberhentikan 10,000 pekerja dan menutup 340 cawangan me

Commerzbank Aktiengesellschaft, bank kedua terbesar di Jerman pada hari berkata mereka akan memberhentikan 10,000 pekerja dan menutup 340 cawangan menjelang tahun 2024.

Keputusan tersebut adalah salah satu usaha pelarasan strategik dalam peralihan perbankan kepada khidmat atas talian dan pembayaran tanpa tunai.

Bank ini mempunyai kira-kira 48,500 pekerja di seluruh dunia, namun risiko terjejasnya pasaran domestik memaksa mereka memberhentikan satu daripada tiga pekerjaan di Jerman.

Kesan daripada penjimatan kos termasuk peralihan digitalisasi yang lebih luas, jumlah cawangan mereka di Jerman juga akan menurun daripada 790 kepada 450.

“Kami ingin memberi tumpuan kepada kekuatan Commerzbank dan menjamin prestasi yang kukuh untuk jangka masa panjang,” kata CEO Manfred Knof dalam satu kenyataan.

“Untuk mencapai matlamat ini, kami akan mengurangkan kerumitan dan mengurangkan kos”, tambah beliau.

Commerzbank juga mengatakan bahawa perubahan ini akan dilaksanakan ‘secepat mungkin’, mewujudkan simpanan tahunan sebanyak €1.4 bilion menjelang 2024, di samping mempercepatkan pelaburannya dalam bidang IT.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: