Bank of America: Kitaran ‘Rate Hike’ Fed Mungkin Berlaku Lebih Cepat

Bank of America: Kitaran ‘Rate Hike’ Fed Mungkin Berlaku Lebih Cepat

Bank of America (BofA) dalam satu kenyataan berkata terdapat kemungkinan bahawa Fed dapat menaikkan kadar faedah dalam tempoh 3 tahun atau lebih cepa

Bank of America (BofA) dalam satu kenyataan berkata terdapat kemungkinan bahawa Fed dapat menaikkan kadar faedah dalam tempoh 3 tahun atau lebih cepat berikutan perubahan ekonomi dan kedudukan hasil bon 10-tahun kerajaan.

BofA melihat terdapatnya dinamik yang akan mendorong peningkatan hasil bon 10-tahun ke paras lebih tinggi.

“Walaupun hampir tidak mungkin untuk membayangkan Fed menaikkan kadar faedah, namun hakikatnya terdapat kesinambungan antara kadar bon 10y dengan unjuran dasar Fed dalam tempoh 10 tahun ke hadapan”, jelas mereka.

“Oleh itu, bukanlah keterlaluan untuk menjangkakan Fed akan mula menaikkan kadar faedah di antara 3 hingga 4 tahun, atau lebih cepat daripada itu jika kawalan wabak dan ekonomi berjalan lancar”, tambah BofA.

Hasil bon 10-tahun kerajaan AS di awal sesi dagangan hari Rabu telah susut 1.7 mata asas kepada 0.85%, merosot selepas mencatat paras tertinggi lapan bulan sekitar 0.97% pada minggu yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: