Bank Pusat Jepun Masih Fokus Pada Pencetakan Wang

Kikuo Iwata, Timbalan Gabenor Bank Negara Jepun dalam kenyataannya dia menyebut, institusi kewangan Jepun masih menumpukan pada percetakan wang ke

yen2

Kikuo Iwata, Timbalan Gabenor Bank Negara Jepun dalam kenyataannya dia menyebut, institusi kewangan Jepun masih menumpukan pada percetakan wang kertas secara berkala.

Walaupun ianya bercanggah dengan pandangan Gabenor namun percanggahan ini terjadi demi menyelamatkan Jepun daripada cengkaman deflasi.

Gabenor BOJ Haruhiko Kuroda memberitahu pihak bank mungkin memperlahankan proses mencetak wang supaya ianya menjadi selaras dengan objektif-objektif kadar faedah yang telah ditentukan pada September yang lalu

Didalam 9 orang ahli lembaga Kewangan Jepun, Iwata diantara mereka yang kuat menyokong percetakan wang secara agresif.

Dia mengetepikan pendapat untuk mengurangkan penyaluran wang seperti yang dilakukan oleh majoriti bank-bank di Jepun sekarang.

Malah dia menyarankan pihak perbankan menggunakan situasi ini sebagai serampang dua mata, satu melalui pemotongan kadar faedah dan satu lagi memlalui pembelian asset sebagai instrument utama untuk menstabilkan ekonomi negara.

Sesetengah Para analisis membantah polisi bank yang baru kerana pada pandangan mereka fokus Bank Pusat Jepun telah lari dari tujuannya iaitu dari dasar kuantiti ke kadar faedah

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: