Bank Pusat UAE Umumkan Pakej Ransangan Baru Bernilai Hampir $70 Billion USD

Bank Pusat UAE Umumkan Pakej Ransangan Baru Bernilai Hampir $70 Billion USD

Bank Pusat UAE mengumumkan langkah baru bagi menjamin kecairan di dalam sistem perbankan berhadapan penularan wabak koronavirus yang baru, menambah p

Bank Pusat UAE mengumumkan langkah baru bagi menjamin kecairan di dalam sistem perbankan berhadapan penularan wabak koronavirus yang baru, menambah pakej ransangan mereka daripada $27 billion kepada $70 billion.

Pada hari Sabtu yang lalu, UAE mengesahkan 1,505 kes jangkitan Covid-19 di dalam negara, memaksa kerajaan untuk memperkenalkan tambahan sekatan ke atas sosial dan perniagaan yang telah menekan sektor ekonomi utama seperti peruncitan dan pelancongan.

Bank pusat pada hari Ahad berkata nilai agregat bagi kesemua pakej modal dan kecairan yang dilaksanakan sejak 14 Mac lalu telah mencapai jumlah 256 billion dirham ($69.70 billion USD).

Penganalisis bank pelaburan EFG Hermes berkata,”Bank Pusat UAE telah menaikkan jumlah bantuan bagi menangani impak kewangan akibat koronavirus dengan memperkenalkan set ransangan kecairan dan langkah pemeliharaan kapital yang baru”.

EIBOR (Emirates Interbank Offered Rates), yang digunakan dalam transaksi kewangan UAE melonjak pada pertengahan bulan Mac, mengisyaratkan kecairan yang rendah.

Reuters melaporkan bahawa pihak bank Dubai pada minggu lalu telah menghadkan pinjaman mereka bagi mengurangkan potensi kerugian daripada krisis koronavirus dan jangkaan kekurangan dolar akibat harga minyak yang rendah.

Oleh itu , langkah terbaru yang diperkenalkan oleh bank pusat UAE dilihat ingin mendorong pihak bank untuk memberi pinjaman yang lebih banyak bagi menyelamatkan syarikat-syarikat domestik walaupun mereka tidak wajib berbuat demikian.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: