mastercard-visa-russia

Bank Rusia Beralih Kepada China Selepas Visa, Mastercard Gantung Operasinya

Bank-bank di Rusia semalam berkata mereka merancangan untuk mengeluarkan kad yang menggunakan sistem UnionPay China selepas Visa dan Mastercard menggantung operasinya di Rusia susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kad bank Visa dan Mastercard Rusia tidak lagi boleh digunakan diluar negara dan kad yang dikeluarkan

Pada hari Sabtu, Visa dan Mastercard mengumumkan bahawa kad bank yang dikeluarkan dari Rusia tidak lagi sah di luar negara dan bagi kad yang dikeluarkan dari luar negara tidak lagi berfungsi untuk digunakan di Rusia.

Pemberi pinjaman utama Rusia, Sberbank dan Alfa Bank berkata mereka sedang mengusahakan pelancaran kad UnionPay.

“Sberbank sedang mengusahakan kemungkinan mengeluarkan kad Mir-UnionPay berjenama bersama. Kami akan memaklumkan anda kemudian tentang jangka masa untuk isu itu,” kata bank terbesar Rusia Sberbank dalam satu kenyataan.

Pemberi pinjaman swasta terbesar negara Alfa Bank pula berkata mereka “sudah berusaha untuk melancarkan kad pada UnionPay, sistem pembayaran nasional China”.

Agensi berita Rusia juga melaporkan bahawa langkah yang sama turut diikuti oleh Rosbank, Tinkoff Bank dan Credit Bank of Moscow (MKB).

Sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini selepas puluhan ribu tentera dikerahkan oleh Moscow ke Ukraine bagi menggulingkan kerajaan Kyiv telah menganggu kelancaran ekonomi Rusia, khususnya sektor kewangannya.

Bank pusat Rusia berkata bahawa kad Visa dan Mastercard yang telah dikeluarkan oleh bank negara akan terus berfungsi di Rusia sehingga tamat tempohnya.

Bagaimanapun, bank pusat tetap memperingatkan kepada rakyatnya bahawa mereka perlu mempunyai kaedah pembayaran alternatif jika ingin melancong ke luar negara.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *