Barnier: 80-85% Syarat Perjanjian Brexit Telah Disepakati, Pound (GBP) Bangkit

Barnier: 80-85% Syarat Perjanjian Brexit Telah Disepakati, Pound (GBP) Bangkit

Pound melonjak melepasi paras $1.3200 berbanding greenback selepas perkembangan Brexit dilihat lebih positif melalui kenyataan ketua perunding daripad

Pound melonjak melepasi paras $1.3200 berbanding greenback selepas perkembangan Brexit dilihat lebih positif melalui kenyataan ketua perunding daripada Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier.

Di dalam parlimen Eropah di Brussels, Barnier berkata perkembangan proses rundingan untuk UK keluar daripada blok Eropah semakin baik.

Jelas beliau, sekitar 80-85 peratus syarat-syarat perjanjian telah disepakati oleh kedua-dua pihak dan dijangka akan dicapai pada hari Rabu minggu hadapan.

Beliau turut memuji pelan Chequers yang dibawa oleh PM May  kerana walaupun ditolak, pelan tersebut telah membantu mereka mengenal pasti titik-titik yang menjadi perbezaan.

Berkaitan isu sempadan Irish  yang menjadi penghalang utama, Barnier menegaskan bahawa Brexit akan menyebabkan keperluan kepada pemeriksaan kastam, VAT dan kawalan selia yang selari dengan piawaian EU di antara Republik Ireland dan Ireland Utara.

Ketua politik di Ireland Utara termasuk kerajaan UK walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan syarat yang meletakkan Ireland Utara di bawah kawalan ekonomi Eropah kerana akan memisahkan kawasan Ireland daripada tanah British.

Oleh itu, bagi menghormati integriti perlembagaan UK Barnier berkata, “Perkara yang menjadi cabaran tentang sempadan Irish ini adalah untuk membuat satu prosedur pemeriksaan yang mudah dan tidak membebankan, terutamanya kepada peniaga kecil dan sederhana”.

GBP/USD masih didagang tinggi pada hari Khamis, naik 0.22% kepada $1.3224 setakat jam 12.55 tengahhari.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: