Bayaran BPN Fasa Kedua Dilanjutkan Sehingga 22 Mei

Bayaran BPN Fasa Kedua Dilanjutkan Sehingga 22 Mei

Bayaran BPN fasa kedua yang telah dijadualkan pada akhir minggu lalu akan dilanjutkan sehingga 22 Mei 2020 berikutan beberapa isu teknikal. Menter

Bayaran BPN fasa kedua yang telah dijadualkan pada akhir minggu lalu akan dilanjutkan sehingga 22 Mei 2020 berikutan beberapa isu teknikal.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata sehingga hari ini, 7.61 juta penduduk telah menerima bantuan BPN fasa kedua yang bernilai RM3.41 billion, mewakili 93% peruntukkan yang ditetapkan pada fasa tersebut.

“Pembayaran telah dilakukan sejak 15 Mei 2020. Sehingga hari ini, 830,000 telah menerima bayaran BPN mereka berjumlah RM 620 juta”, jelas beliau ketika membentangkan laporan pencapaian keenam Prihatin-Laksana.

Mengikuti lanjutan tempoh rayuan yang diumumkan pada minggu lalu, LHDN kini aktif memproses dan mempertimbang semula permohonan.

“Pemohon diingatkan untuk mengemukakan rayuan dengan segera sebelum tarikh rayuan ditutup yang mana telah dlanjutkan sehingga 31 Mei”, jelas Zafrul.

Bagi program i-Lestari EPF, mereka telah menerima 4.4 juta permohonan dan 3.9 juta daripadanya telah diluluskan sehingga 17 Mei dengan jumlah pembayaran sehingga RM1.83 billion.

Pada subsidi gaji, Zafrul berkata sebanyak RM2.24 billion telah diluluskan kepada 267,752 pekerja sehingga 17 Mei.

Manakala bagi Dana Pinjaman Mudah Peniaga Kecil & Sederhana (SME), permohonan yang diluluskan oleh pihak bank tempatan kepada 14,075 SME adalah sebanyak RM5.8 billion.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: