Bearish EUR/GBP Sasar £0.8950

Bearish EUR/GBP Sasar £0.8950

Pada hari Rabu lalu, pound sterling (GBP) merekodkan peningkatan paling tinggi berbanding matawang utama dunia yang lain didorong oleh harapan baru un

Pada hari Rabu lalu, pound sterling (GBP) merekodkan peningkatan paling tinggi berbanding matawang utama dunia yang lain didorong oleh harapan baru untuk melihat ‘soft’ Brexit diumumkan sebelum UK keluar sepenuhnya daripada Kesatuan Eropah pada Mac 2019.

Ketua Perunding daripada Eropah, Michel Barrier menyatakan kesediaan mereka untuk menawarkan syarat perjanjian kepada UK yang tidak pernah diberikan kepada negara lain.

Bagi matawang euro pula, walaupun data keyakinan pengguna Jerman dan data perbelanjaan pengguna Perancis mengecewakan, euro tetap dapat bertahan di atas harga $1.70 berbanding greenback.

Namun begitu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Itali berkemungkinan akan memohon Bank Pusat Eropah (ECB) untuk membiayai pembelian bon yang baru.

Tuntutan ini bukan sahaja sukar untuk diberikan oleh ECB, malah Timbalan Perdana Menteri Itali Luigi Di Maio yang juga merangkap Menteri Kewangan Itali menafikan dakwaan tersebut.

Beliau menyebut, “Kami tidak memohon pertolongan daripada sesiapapun”.

Walau bagaimanapun, jika hal ini benar-benar berlaku, penurunan mendadak hasil bon 10-tahun Itali pada hari Rabu yang lalu tidak dapat dijustifikasikan.

Disebabkan oleh risiko lebih besar kepada euro berbanding pound, para pelabur lebih memilih untuk menjual euro dan berpotensi menarik jatuh EUR/GBP ke paras 0.8950

Selepas turun lebih 100 pips pada hari Rabu yang lepas, EUR/GBP kekal di zon negatif, susut 0.06% kepada 0.8983 setakat jam 3.50 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: