Bearish Kuasai EUR/USD, Apakah Sasaran $1.1330 Akan Jadi Kenyataan?

Bearish Kuasai EUR/USD, Apakah Sasaran $1.1330 Akan Jadi Kenyataan?

Penjualan kembali tertumpu kepada matawang euro dan pound sehingga menarik jatuh EUR/USD melepasi harga sokongan 1.1500 pada hari Isnin. Selepas me

Penjualan kembali tertumpu kepada matawang euro dan pound sehingga menarik jatuh EUR/USD melepasi harga sokongan 1.1500 pada hari Isnin.

Selepas merekodkan meningkat untuk dua hari berturut-turut, EUR/USD kini jatuh 0.48% atau 55 pips ke paras terendah harian yang baru, sekitar harga $1.1468 setakat jam 7 petang.

Hal ini didorong oleh perubahan kemahuan risiko pasaran yang telah berpindah kepada instrumen-instrumen safe haven seperti yen, dollar dan pasaran bon.

Kebimbangan pelabur terhadap impak serangan tarif ke atas China disamping menantikan perkembangan rundiangan Brexit yang baru telah menyebabkan permintaan dollar dan yen sebagai matawang safe haven meningkat pada hari Isnin.

Selain itu, Timbalan Menteri Itali, Matteo Salvani berkata tiada hari di mana Itali bebas daripada searangan EU.

Beliau mengatakan rakyat Eropah mempunyai peluang untuk selamatkan negara pada undian bulan May 2019 hadapan.

Walaupun keluar daripada Kesatuan bukanlah agenda Itali, namun beliau tetap ingin melakukan perubahan pada peraturan yang ada.

Kenyataan tersebut telah menaikkan hasil bon 10-tahun Itali ke paras 3.5% untuk pertama kali pada tahun 2014 dan menambah tekanan kepada pasangan matawang EUR/USD.

Secara teknikal, EUR/USD berpotensi jatuh menguji support baru di paras 1.1460 (S1), 1.1450 (S2) dan di paras 1.1330 (S3).

1.1500 (R1) pula kini telah bertukar menjadi resistace terhampir, kemudian di paras 1.1540 (R2) dan 1.1590 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: