Bearish USD/CAD Akan Terus Menguasai Pasaran?

Bearish USD/CAD Akan Terus Menguasai Pasaran?

Tahun 2017 telah tamat, namun trend dolar Kanada pada hari terakhir tahun lalu masih dapat dikekalkan pada permulaan tahun 2018. Kelemahan dolar ya

Tahun 2017 telah tamat, namun trend dolar Kanada pada hari terakhir tahun lalu masih dapat dikekalkan pada permulaan tahun 2018.

Kelemahan dolar yang berterusan serta harga minyak yang semakin kukuh dan stabil di paras tertinggi telah berhasil mengekalkan trend peningkatan dolar Kanada untuk hari yang kedua pasaran tahun 2018, menolak USD/CAD jatuh ke mencecah paras 1.25

Kini kedua-dua harga minyak WTI dan Brent yang menjadi ukuran harga antarabangsa berada di atas $60 per tong dengan jurang perbezaan semakin mengecil.

Walau bagaimanapun, kedudukan bullish WTI masih belum di paras yang seleas selagi tidak berjaya menembusi semula harga $62 yang menjadi titik permulaan kejatuhan harga mendadak. Pasaran melihat isu yang melanda di Iran tidak mencukupi untuk menolak harga minyak lebih tinggi.

Demonstrasi di Iran telah berlansung selama tujuh hari sehingga menyebabkan kematian. Negara pengeksport minyak tersebut kini berdepan dengan isu pengangguran orang muda yang tinggi dan inflasi harga yang mendadak. Hal ini menyebabkan pasaran melihat kemungkinan akan berlakunya gangguan pengeluaran minyak di Iran.

Kanada yang turut dikenali sebagai pengeksport utama minyak kini mengalami cuaca sejuk yang melampau, namun permintaan terhadap matawang ini masih meningkat berikutan harga minyak yang tinggi.

Paras Teknikal USD/CAD

Pada jam 6.55 petang, USD/CAD didagang pada harga 1.2520 dengan garisan support berhampiran berada pada harga 1.2500 (S1), 1.2435 (S2) dan 1.2335 (S3)

Paras resistance berada sekitar 1.2570 (R1), 1.2660 (R2), 1.2800 (R3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: