Bekalan Terjejas, Harga Aluminium Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 13 Tahun

Bekalan Terjejas, Harga Aluminium Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 13 Tahun

Harga aluminium mencecah AS $3,000 satu tan pada hari ini, paras tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh 13 tahun, dengan bekalan yang semakin ter

Harga aluminium mencecah AS $3,000 satu tan pada hari ini, paras tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh 13 tahun, dengan bekalan yang semakin terjejas teruk akibat rampasan kuasa tentera di Guinea baru-baru ini.

Namun begitu, harga Aluminium telah pun melambung tinggi sebelum rampasan kuasa berlaku, meningkat sekitar 40 peratus sejak Januari berikuan kebangkitan semula aktiviti ekonomi global dari Covid-19.

Selain itu, faktor yang mendorong peningkatan juga adalah lonjakan harga elektrik di China yang telah mengakibatkan penurunan produksi di sejumlah kilang pembuatan di wilayah Xinjiang barat.

Afrika terkenal sebagai negara kaya dengan batu bauksit, bahan yang digunakan untuk memproses aluminium.

Guinea pula memiliki simpanan bauksit terbesar di dunia, batu merah atau kelabu, di mana aluminium oksida dileburkan menjadi aluminium, sebuah logam yang banyak digunakan dalam barangan harian.

Tentera pemerintah Guinea kini sedang mengalami peningkatan tekanan diplomatik setelah pasukan khas yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mamady Doumbouya merampas kuasa dan menangkap presiden Alpha Conde.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: