jack-dorsey

Bekas CEO Twitter Mohon Maaf Kerana Kembangkan Syarikat ‘Terlalu Cepat’

Pengasas bersama Twitter dan bekas CEO Jack Dorsey meminta maaf kepada kakitangan syarikat kerana mengembangkan gergasi media sosial itu “terlalu cepat”.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas kira-kira separuh daripada 7,500 pekerja syarikat itu dipecat oleh pemilik baharunya Elon Musk.

“Saya sedar ramai yang marah dengan saya,” tulis Dorsey, yang mengasaskan Twitter pada 2006 dan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif tahun lepas.

“Saya memiliki tanggungjawab mengapa semua orang berada dalam situasi ini: Saya membesarkan saiz syarikat terlalu cepat. Saya minta maaf untuk itu,” katanya di Twitter.

Ramai pekerja Twitter telah menunggu bekas ketua mereka, yang dikenali dengan karsima dan pengaruhnya di Silicon Valley, untuk bertindak selepas platform media sosial itu dikawal oleh Musk.

Bagaimanapun, dalam catatan Twitter pada April yang lalu, Dorsey telah menyuarakan menyokong pengambilalihan oleh Musk, dengan memanggilnya “jalan yang betul”.

“Orang ramai di Twitter dahulu dan sekarang adalah kuat dan berdaya tahan,” tulis Dorsey pada hari Sabtu.

“Mereka akan sentiasa mencari jalan tidak kira betapa sukarnya masa ini,” tambahnya.

Dorsey meninggalkan lembaga pengarah Twitter awal musim bunga tahun ini, namun kekal sebagai pemegang saham tidak langsung dalam syarikat itu.

Musk menyelesaikan pemerolehan besarnya bernilai AS$44 bilion (RM209 bilion) pada akhir minggu yang lalu dan segera membubarkan lembaga pengarahnya dan memecat ketua eksekutif dan pengurus tertingginya.

“Saya berterima kasih dan menyayangi semua orang yang pernah bekerja di Twitter. Saya tidak melihat perasaan ini akan sama-sama dirasai pada masa ini…atau selama-lamanya…dan saya faham.” ujar Dorsey.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *