IMG_2647

Belajar berdagang lebih seronok dengan Seminar XM 2024

XM Malaysia tampil dengan satu anjuran eksklusif untuk para pelanggan mereka pada hujung minggu lalu. Satu anjuran bertemakan edukasi yang menampilkan barisan instruktor mereka yang sememangnya berpengalaman dalam industri alatan kewangan. Sememangnya anjuran ini ditunggu-tunggukan oleh para pelanggan XM kerana ianya merupakan peluang terbaik untuk mereka bertemu dengan instruktor-instruktor ini serta mengembangkan rangkaian mereka bersama pedagang lain.

Pasukan CTC FM telah dijemput untuk turut hadir memeriahkan anjuran tersebut. Sebagai sebuah organisasi media yang membuat liputan tentang industri dagangan alatan kewangan tempatan, XM sememangnya sebuah broker yang kami sanjung tinggi. Ini kerana komitmen mereka dalam meraikan komuniti pedagang tanah air melalui anjuran-anjuran seperti ini.

Seminar pada hari tersebut dimulakan dengan sesi bersama instruktor Imran Zailani. Sebagai seorang pakar Tradepedia, beliau tampil dengan topik permulaan yang mudah untuk difahami iaitu asas Elliot Wave. Teknik mengenal pasti pasaran menggunakan Elliot Wave ini telah diguna pakai oleh para pedagang seluruh dunia sejak tahun 1900-an. Dengan kepakaran dan pengalaman Imran, para peserta yang hadir dapat mengambil selangkah lebih hampir dengan penguasaan teknik tersebut. Imran memberi penjelasan asas yang merangkumi setiap aspek yang perlu diketahui sebelum peserta memilih teknik tersebut sebagai kaedah utama dagangan mereka.

Selepas slot rehat pendek, Cikgu Zullee tampil ke atas pentas untuk sesi bersama beliau. Untuk melengkapi pengajaran Imran sebentar tadi, Zulle memberi penekanan kepada penggunaan praktikal teknik Elliot Wave. Dengan pengalaman luas beliau, keberkesanan teknik tersebut dapat dibuktikan untuk penggunaan dagangan harian para peserta yang hadir. Sistem yang telah beliau rangka khas tersebut sesuai untuk digunakan oleh pedagang baru dan lama.

Seminar berehat sebentar untuk makan tengahari dan solat zohor. Kemudian slot pengajaran disambung semula bersama instruktor Imran Zailani. Topik yang dibawa adalah sambungan slot yang telah dilakukan pagi tadi. Namun apa yang dikongsikan sememangnya sesuatu yang baru. Para peserta mendapati konsep kombinasi indikator yang dikongsikan beliau amat berguna dan mudah difahami.

Satu segmen baru yang diperkenalkan untuk seminar pada kali ini adalah sesi perbahasan antara instruktor. Cikgu Zulle dan Imran disertai Muhammad Azni dan Siti Wani di atas pentas untuk berkongsi pendapat mereka untuk dua pemilihan cara trading berbeza. Setiap instruktor berhujah dengan pengisian-pengisian yang cukup padat bergantung kepada kelebihan dan kekurangan method dagangan masing-masing. Slot perbahasan ini mendapat sambutan yang hangat daripada para peserta seminar yang teruja dengan keunikan pendekatan ini.

Sebelum seminar melabuhkan tirai, satu sesi soal jawab telah diadakan untuk membantu para peserta yang masih mempunyai kemusykilan berkenaan perkongsian edukasi yang telah diberikan. XM juga dengan besar hatinya telah mengadakan satu sesi cabutan bertuah untuk peserta seminar yang hadir. Seramai 9 orang pemenang bertuah telah terpilih untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik bernilai $50 hingga $300.

Pihak XM juga telah memberi kejutan kepada semua peserta yang hadir apabila satu sesi quiz telah diwujudkan di hujung anjuran. Soalan-soalan yang diberikan adalah berdasarkan perkongsian oleh instruktor-instuktor XM pada hari tersebut. 3 orang peserta seminar yang bejaya menjawab dengan pantas dan tepat telah membawa pulang hadiah-hadiah lumayan seperti jam berjenama, iPad, dan voucher emas . Terima kasih XM atas komitmen anda untuk memberikan peluang pendidikan terbaik untuk pedagang-pedagang Malaysia. Jangan lupa layari Youtube kami DI SINI untuk menonton video kemeriahan seminar kali ini.

#XM #XMMalaysia #EducationMatters #XMSeminarKLAug2024

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *