Belanda Sekat Semua Penerbangan Dari UK Hingga 1 Januari

Belanda Sekat Semua Penerbangan Dari UK Hingga 1 Januari

Kerajaan Belanda pada hari Ahad yang lalu mengumumkan sekatan kemasukan semua penumpang dari Britian bermula jam 6 pagi (20 Disember) sehingga 1 Janu

Kerajaan Belanda pada hari Ahad yang lalu mengumumkan sekatan kemasukan semua penumpang dari Britian bermula jam 6 pagi (20 Disember) sehingga 1 Januari.

Keputusan ini dilakukan selepas menerima maklumat terdapatnya strain baru pada wabak Covid-19 di Selatan England dan London yang dikatakan telah bermutasi dan 70 peratus lebih mudah tersebar.

Malah PM UK, Borish Johnson turut bertindak mengumumkan sekatan pergerakan tahap keempat di beberapa kawasan bagi membendung jangkitan strain baru Covid-19 tersebut.

“Jangkitan bermutasi COVID-19 sedang menular di UK. Virus itu dikatakan lebih cepat dan mudah merebak serta sukar dikesan,” kata Kementerian Kesihatan Belanda dalam satu kenyataan.

Mereka juga mengatakan kajian kes di Belanda pada awal Disember mendapati bahawa virus dengan pelbagai varian dikesan dari UK.

Susulan kenyataan itu, Kabinet Perdana Menteri Belanda Mark Rutte berkata negara memutuskan untuk menyekat semua penerbangan dari UK sementara kemasukan pengangkutan lain akan dikaji semula.

Selain itu, keputusan tersebut juga dibuat berikutan susulan pelaksanaan ‘lockdown’ yang lebih ketat antara 15 Disember hingga 19 Januari 2021 di Belanda bagi membendung kadar penularan yang telah mencecah 9,000 kes sehari.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: