Assalamualaikum, Perhatian ini bukan posting politik ya! :) Akan hanya ada seorang pemenang bagi pilihanraya presiden pada minggu depan. Menurut
Assalamualaikum,
Perhatian ini bukan posting politik ya! 🙂
Akan hanya ada seorang pemenang bagi pilihanraya presiden pada minggu depan. Menurut HSBC Holdings Plc, walaupun mereka menyifatkan kemenangan Trump lebih menyokong kenaikan harga logam berbanding kemenangan Clinton. Ketua Penganalisa ‘precious metals’ di HSBC James Steel berkata emas akan melonjak sekurang-kurangnya 8% walau sesiapapun yang akan menang pada pilihanraya itu nanti.
Trump dilihat sangat jelas menentang sebahagian besar polisi FED yang diketuai oleh Yellen. Sebahagian besar pelabur menjangkakan berlakunya ketidaktentuan dalam polisi dan kebarangkalian peningkatan dalam inflasi untuk 1 tahun pertama pentadbiran Trump jika beliau menang nanti.
Clinton juga dalam siri debatnya sebelum ini ada menyatakan tentang hasrat beliau dalam meningkatkan perbelanjaan fiskal negara. Anda boleh baca plan ekonomi dan cadangan polisi beliau di sini :Â https://www.thebalance.com/hillary-clinton-2016-economic-plan-3305767
Untuk mana-mana negara di dunia pun , simpanan emas teramat penting terutamanya disaat ketidaktentuan politik dan ekonomi. Dua calon presiden ini masing-masing dengan polisi rangsangan ekonomi mereka sendiri, dilihat bakal menambah ‘demand’ kepada emas lantaran daripada sedikit perbezaan mereka dengan penggubal polisi FED. Dan emas boleh digunakan sebagai mekanisma ‘hedge’ kepada penstabilan ekonomi.
Akan tiba masanya nanti, emas akan kembali mendominasi ekonomi dunia, bilamana ‘paper money’ tidak lagi akan bernilai. Lihat kepada Russia dan China yang aktif menyimpan emas walaupun mereka secara rasmi tidak mengisyhtiharkan jumlah simpanan emas mereka. Berapa pula jumlah simpanan emas Malaysia?
COMMENTS