Beli USD/JPY Pada Harga Lebih Rendah Pilihan Bijak?

Beli USD/JPY Pada Harga Lebih Rendah Pilihan Bijak?

USD/JPY menutup semua keuntungan yang diperoleh pada hari Jumaat dan kembali didagang sekitar zon terendah harian. Sentimen bullish dollar yang dis

USD/JPY menutup semua keuntungan yang diperoleh pada hari Jumaat dan kembali didagang sekitar zon terendah harian.

Sentimen bullish dollar yang disokong oleh jangkaan rate hike Fed yang lebih agresif telah menguasai pasaran sehingga menolak USD/JPY naik untuk 5 sesi berturut-turut.

Selain itu, pelabur turut mengenepikan sementara isu konflik perdagangan AS-China sehingga mengembalikan semula gelombang risk-on ke dalam pasaran, sekali gus mengurangkan permintaan safe haven Yen.

Pengukuhan greenback dan kelemahan yen telah mengangkat USD/JPY naik ke paras tertinggi 112.80 pada hari ini.

Momentum bullish walau bagaimanapun terhenti apabila pergerakan tersebut dilihat telah berada dalam keadaan overbought bagi dagangan jangka masa pendek, terutamanya selepas harga naik hampir 150 pips sejak awal minggu ini.

Tambahan pula, kelemahan dua data ekonomi AS, harga import AS dan indeks sentimen pengguna Michigan yang berada di bawah jangkaan turut memberi ruang kepada pembetulan pasangan matawang USD/JPY.

Secara keseluruhan, USD/JPY didagang pada harga 112.43 setakat jam 10.54 malam. Dan berdasarkan pergerakan harga (price action), pembelian pada setiap kejatuhan (dip-buying) akan menghadkan pembetulan harga USD/JPY ke paras yang lebih rendah.

112.00 (S2) kini menjadi paras yang akan diteliti untuk gelombang pembelian yang baru. Jika ditembusi, pembetulan USD/JPY mampu bergerak ke paras 111.40 (S3).

Zon resistance terhampir pula berada sekitar 112.70 (R1), kemudian di paras 113.00 (R2) dan 113.40 (R3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: