Berakhirnya Penutupan 35 Hari Kerajaan AS Belum Dapat Menyelamatkan Dollar?

Berakhirnya Penutupan 35 Hari Kerajaan AS Belum Dapat Menyelamatkan Dollar?

Trump bersetuju untuk menamatkan penutupan kerajaan yang terpanjang di dalam sejarah tanpa mendapatkan pembiayaan tembok bernilai $5.7 billion yang t

Trump bersetuju untuk menamatkan penutupan kerajaan yang terpanjang di dalam sejarah tanpa mendapatkan pembiayaan tembok bernilai $5.7 billion yang telah dipohon melalui kongres.

Penutupan sebahagian agensi kerajaan AS selama 35 hari tamat pada hari Jumaat yang lalu selepas Trump mengumumkan bahawa satu perjanjian dicapai bagi membuka semula kerajaan selama tiga minggu sehingga 15 Februari.

Sepanjang tempoh tersebut Trump menjangkakan kedua-dua parti Republik dan Demokrat akan duduk bersama berbincang mengenai isu keselamatan negara yang mana melibatkan permohonan dana bagi tembok sempadan AS-Mexico.

Berita baik daripada perjanjian yang telah disepakati adalah pembayaran semula gaji pekerja yang terpaksa dicutikan sepanjang penutupan kerajaan.

Walau bagaimanapun, perdebatan mengenai tembok ini dijangka akan terus berlangsung dan Demokrat tidak akan dengan mudah tunduk untuk menyatakan sokongan terhadap permintaan Trump.

Matawang utama yang lain seperti Euro, Pound dan Loonie bangkit berbanding dollar berikutan para pelabur bakal diserang oleh barisan data ekonomi AS pada minggu ini yang akan mengesahkan bahawa ekonomi sedang bergerak semakin perlahan.

Memasuki minggu terakhir, para pelabur akan lebih memberi perhatian kepada dinamik pergerakan dollar.

Penutupan kerajaan telah menyebabkan penangguhan laporan ekonomi dan para pelabur hanya mendapatkan isyarat kecil tentang kedudukan semasa ekonomi.

Perkara ini bakal berubah beberapa hari menjelang keputusan dasar kewangan Federal Reserve dan laporan NFP.

Tidak seperti agensi kerajaan yang lain, tiada penangguhan pada data NFP kerena Biro Statistik Buruh AS masih dibiyai sehingga 30 September.

Permintaan ke atas dollar akan menjadi pemandu utama kepada aliran forex seperti yang diperlihat sepanjang minggu lalu, greenback didagang rendah berbanding kesemua matawang utama yang lain.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut -0.57% kepada 95.79 sepanjang minggu yang lepas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: