Berkshire Hathaway Milik Warren Buffet Dedahkan Pegangan Saham Di Lima Syarikat Gergasi Jepun

Berkshire Hathaway Milik Warren Buffet Dedahkan Pegangan Saham Di Lima Syarikat Gergasi Jepun

Warren Buffet, CEO Berkshire Hathaway sebuah syarikat pegangan konglomerat multinasional Amerika pada hari Ahad lalu mengumumkan bahawa syarikat beli

Warren Buffet, CEO Berkshire Hathaway sebuah syarikat pegangan konglomerat multinasional Amerika pada hari Ahad lalu mengumumkan bahawa syarikat beliau telah memegang lebih dari 5% saham dalam Itochu, Marubeni, Mitsubishi, Mitsui, dan Sumitomo dengan nilai kasar sekitar AS$6.2 bilion.

Dalam satu siaran akhbar yang diterbitkan oleh Berkshire Hathaway pada hari ini, mereka menyebutkan bahawa pelaburan ke dalam lima syarikat yang mendominasi sektor pembuatan bahan mentah di Jepun tersebut telah dilakukan sejak 12 bulan yang lepas menerusi pembelian di Bursa Saham Tokyo.

“Saya berbesar hati untuk memastikan Berkshire Hathaway terlibat bersama melakar masa depan Jepun dan masa depan lima syarikat yang telah kami pilih untuk pelaburan,” jelas Buffett dalam siaran akhbar tersebut.

Melabur ke dalam syarikat Jepun merupakan diluar kebiasaan Berkshire, yang mana sejarah menunjukkan kecenderungan mereka kepada perniagaan di Amerika seperti Apple dan Bank of America.

Namun begitu, penganalisis melihat pelaburan tersebut mungkin mengisyaratkan keinginan Buffet untuk menghentikan trend pengeluaran wang asing dari ekuiti Jepun yang telah meningkat kepada AS$ 132 bilion selama dua setengah tahun terakhir.

Selain itu, penekanan terhadap posisi lama mereka dalam Coca-Cola, American Express, and Moody’s juga menunjukkan hasrat Berkshire untuk mengekalkan pelaburan Jepun dalam jangka masa yang panjang.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam siaran akhbar, Berkshire mempunyai pilihan untuk menambah sehingga 9.9% pegangan saham mereka di lima syarikat tersebut, namun ianya bergantung kepada harga dan memerlukan persetujuan daripada lembaga pengarah bagi pembelian yang lebih dari itu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: