Hari ini ketika ulasan ini ditulis, harga emas berlegar sekitar harga pembukaan dengan harga tertinggi dicatat pada 1366.15 (XM mt4) dan harga terenda
Hari ini ketika ulasan ini ditulis, harga emas berlegar sekitar harga pembukaan dengan harga tertinggi dicatat pada 1366.15 (XM mt4) dan harga terendah 1361.68. Ketika pasaran Asia dibuka, ia diniagakan pada paras harga 1262.55 iaitu sekitar harga 2 tahun tertinggi.
Malam ini jam 8.15 waktu Malaysia, data ADP NFP akan dikeluarkan. Pakar ekonomi menjangkakan data kali ini akan dicatat pada 171,000. Selain itu jam 10 malam nanti juga laporan ISM bagi sektor bukan pembuatan juga akan dikeluarkan
Harga besi kuning ini telah meningkat dengan konsisten sejak 3 bulan lalu disebabkan status Safe Heaven dalam ketidaktentuan pasaran berikutan sentimen pertumbuhan ekonomi dunia yang dijangka dalam kadar sederhana sahaja.
Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang
COMMENTS