biden-inflation

Biden Akan Melepaskan 15 Juta Tong Daripada Simpanan Strategik Minyak AS

Presiden Joe Biden dijangka akan mengumumkan pelepasan 15 juta tong simpanan strategik minyak terakhir negara ke dalam pasaran hari ini, dengan potensi penegluaran yang lebih besar jika harga melonjak.

Bahagian baharu daripada Rizab Petroleum Strategik itu akan “menyempurnakan pengeluaran 180 juta tong yang dibenarkan pada musim bunga,” sebagai tindak balas kepada kenaikan harga yang dikaitkan dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Perintah yang akan diumumkan oleh Biden dalam ucapannya itu menunjukkan bahawa bahawa pihak pentadbiran bersedia untuk melakukan tambahan… jualan yang signifikan pada musim sejuk ini jika diperlukan berikutan tindakan Rusia yang mengganggu pasaran global,” jelas pegawai kanan AS.

Keputusan untuk membuat penyusutan terbesar dalam rizab minyak kecemasan itu adalah usaha Biden untuk menenangkan pasaran tenaga dan melindungi ekonomi terbesar dunia daripada kejutan perang Ukraine.

Pengeksport tenaga utama Rusia telah dikenakan sekatan AS dan Eropah sejurus selepas ia menyerang Ukraine pada Februari lalu.

Sekatan itu telah menyebabkan kegawatan pasara tenaga dan Rusia telah mengancam untuk menggunakan pengaruhnya ke atas bekalan tenaga sebagai senjata ekonomi terhadap Barat.

Di AS, terdapat kebimbangan domestik yang serius, dengan harga petrol pada satu ketika berpurata lebih AS$5 (RM23.60) segelen, menyebabkan kemarahan seluruh negara.

Walaupun harga sejak itu kembali sederhana, inflasi terus kekal sebagai faktor terbesar yang mendorong harapan parti Republikan untuk mengalahkan Demokrat dalam pilihan raya perundangan pertengahan bulan November ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *