Biden Batalkan Perintah Larangan Penggunaan TikTok dan WeChat Di AS

Biden Batalkan Perintah Larangan Penggunaan TikTok dan WeChat Di AS

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam membatalkan arahan eksekutif era Trump yang cuba melarang penggunaan aplikasi mudah alih milik Chin

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam membatalkan arahan eksekutif era Trump yang cuba melarang penggunaan aplikasi mudah alih milik China, Tik Tok dan WeChat disebabkan masalah keselamatan negara.

Hasrat Trump untuk mengharamkan penggunaan aplikasi Tiktok milik ByteDance Ltd dan WeChat milik Tencent Holdings Ltd di AS sebelum ini telah berdepan dengan beberapa siri cabaran perundangan untuk mengangguhkan, melarang dan memaksa penjualan aplikasi tersebut.

Usaha itu akhirnya telah disekat oleh hakim persekutuan berikutan pihak pentadbiran Trump tidak menunjukkan bahawa aplikasi tersebut secara khusus menimbulkan ancaman keselamatan negara.

Kini di bawah pentadbiran Biden, kerajaan akan mengkaji semula permohonan perisian daripada musuh asing yang mampu menimbulkan risiko kepada data-data sensitif di Amerika, kata pegawai kanan pentadbiran White House.

Biden, dalam perintah eksekutifnya, mengarahkan Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo untuk menilai dan menyekat aplikasi yang menimbulkan risiko keselamatan ke atas data-data sensitif negara.

Sementara itu, kerajaan AS juga sedang menjalankan satu kajian keselamatan negara secara berasingan terhadap penjualan tiktok kepada syarikat Amerika namun tidak berkaitan dengan arahan yang dikeluarkan.

Pengumuman itu dikeluarkan oleh Biden ketika meninggalkan Washington pada pagi Rabu untuk lawatan selama seminggu ke Eropah di mana China dijangka menjadi fokus perbincangan utama di antara negara-negara Kumpulan Tujuh (G7).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: