Biden: Rusia Merupakan Ancaman Terbesar Kepada Keselamatan Negara

Biden: Rusia Merupakan Ancaman Terbesar Kepada Keselamatan Negara

Pencabar Presiden Trump dari Demokrat, Joe Biden pada hari ini menyuarakan pandangan bahawa ancaman keselamatan terbesar bagi Amerika adalah Rusia.

Pencabar Presiden Trump dari Demokrat, Joe Biden pada hari ini menyuarakan pandangan bahawa ancaman keselamatan terbesar bagi Amerika adalah Rusia.

“Saya berpendapat ancaman terbesar untuk Amerika ketika ini dalam isu memecah belahkan keamanan dan kesepakatan kita adalah Rusia”, jelas Biden dalam sesi wawancara bersama CBS.

“Kedua, saya berpandangan bahawa China adalah pesaing terbesar. Bergantung bagaimana kita menanganinya akan menentukan sama ada atau kita dapat adalah pencabarnya atau akan berhadapan dengan saingan yang lebih serius”, tambah beliau.

Semasa pusingan akhir perdebatan presiden, Trump mendakwa Biden telah menerima AS$3.5 juta daripada Rusia menerusi presidennya Vladimir Putin.

Ketika perbahasan tersebut, Trump juga mendakwa Hunter, anak kepada Biden mempunyai hubungan perniagaan dengan bekas isteri datuk bandar Moscow, Elena Baturina.

Biden menolak dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa beliau tidak pernah menerima mana-mana sumber asing.

Beliau juga yakin bahawa Rusia tidak menginginkan kemenangannya dalam pilihan raya November nanti.

Putin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad enggan mengulas dakwaan Trump yang mengatakan bahawa Rusia menaja Biden.

Jurucakap presiden Rusia, Dmitry Peskov ketika mengulas tentang perdebatan akhir presiden AS mengulangi penafian bahawa Rusia terlibat dalam sebarang percubaan untuk mencapuri urusan dalaman Amerika Syarikat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: