joe-biden-plan2

Biden Umum Bantuan Keselamatan Terbesar Kepada Ukraine, Bernilai Hampir AS$3 bilion

Presiden AS Joe Biden mengumumkan bantuan keselamatan terbesar bernilai AS$3 bilion kepada Ukraine sejak pencerobohan Rusia enam bulan lalu.

Bantuan itu, diumumkan pada Hari Kemerdekaan Ukraine, muncul ketika AS memberi amaran kepada Rusia yang sedang merancang untuk melancarkan serangan baru dalam beberapa hari akan datang ke atas infrastruktur awam dan kemudahan kerajaan Ukraine.

“Amerika Syarikat komited untuk membantu rakyat Ukraine ketika mereka meneruskan perjuangan mempertahankan kedaulatan mereka,” kata Biden dalam satu kenyataan mengumumkan pakej itu.

Bantuan sekitar AS$2.98 bilion itu “akan membolehkan Ukraine memperoleh sistem pertahanan udara, sistem artileri dan peluru, sistem udara tanpa pemandu dan radar bagi memastikan ia dapat terus mempertahankan dirinya dalam jangka panjang,” katanya.

Pentagon berkata pakej baharu itu akan merangkumi enam sistem tambahan bagi peluru berpandu darat ke udara yang dikenali sebagai NASAMS, 24 radar artileri balas, dron Puma, bersama-sama dengan sistem kontra drone dikenali sebagai VAMPIRE.

Secara keseluruhan, AS telah memberikan lebih AS$13.5 bilion bantuan keselamatan kepada Ukraine sejak permulaan pentadbiran Biden pada Januari 2021.

Pakej baharu itu menggunakan dana daripada Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine (USAI) yang diperuntukkan oleh Kongres untuk membenarkan pentadbiran Biden mendapatkan senjata daripada industri dan bukannya mengambil senjata daripada stok senjata AS sedia ada.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *