Bitcoin Melepasi $50k Buat Pertama Kali Sejak Mei

Bitcoin Melepasi $50k Buat Pertama Kali Sejak Mei

Harga Bitcoin melonjak melepasi $50,000 pada hari Isnin buat pertama kali sejak Mei namun momentum tersebut tidak bertahan lama. Mata wang kripto

Harga Bitcoin melonjak melepasi $50,000 pada hari Isnin buat pertama kali sejak Mei namun momentum tersebut tidak bertahan lama.

Mata wang kripto terbesar dunia itu kini didagang sekitar $49,607 selepas naik ke paras $50,562 kerana pengambilan keuntungan dan laporan yang mengatakan sebahagian perlombongan bitcoin di China berkemungkinan akan offline secara tiba-tiba hari ini.

Sementara itu pemulihan pula dipandu oleh prospek perbelanjaan rangsangan AS yang banyak yang dijangka akan terus mendorong kenaikan serta penerimaan lebih banyak firma perkhidmatan kewangan arus perdana.

PayPal Holdings Inc semalam mengatakan bahawa mereka akan membolehkan pelanggan di Britain membeli, menjual dan menahan bitcoin dan matawang kripto yang lain bermula pada minggu ini.

Selain itu, kebimbangan terhadap cukai keuntungan modal telah menyebabkan para pelabur masih mengekalkan pegangan mata wang kripto mereka, sekali gus menghilangkan sebahagian volatiliti di dalam pasaran.

Rick Bensignor, di Bensignor Investment Strategiesr, mengatakan pada hari ini bahawa bitcoin “semakin hampir dengan penghujung yang lebih tinggi dari apa yang saya jangkakan sebagai julat perdagangan baru di bawah AS$ 40,000 hingga bawah AS$ 50,000”.

Kemasukan pelabur baru yang cendrung kepada risiko tinggi menjadi kunci kepada peningkatan Bitcoin ke paras tertinggi AS$65,000 yang dicapai pada bulan April.

Oleh itu, jika keinginan kepada aset berisiko masih kukuh, bitcoin berpotensi kembali menguji harga tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: