Bitcoin Meroket, Paypal Luluskan Penggunaan Mata Wang Kripto

Bitcoin Meroket, Paypal Luluskan Penggunaan Mata Wang Kripto

Matawang digital terkenal di dunia, Bitcoin melonjak melebihi AS$13,000 seunit sebelum stabil sekitar AS$12,805 selepas penyedia sistem pembayaran da

Matawang digital terkenal di dunia, Bitcoin melonjak melebihi AS$13,000 seunit sebelum stabil sekitar AS$12,805 selepas penyedia sistem pembayaran dalam talian AS, Paypal akan membenarkan para pemegang akaun mereka untuk menggunakan mata wang kripto.

PayPal Holdings Inc. dalam satu kenyataan menyebutkan bahawa perkhidmatan baru tersebut akan membolehkan para pelanggan untuk membeli, memegang dan menjual unit mata wang kripto.

Penganalisis dari Markets.com, Neil Wilson berkata di peringkat awal ini Paypal hanya akan membenarkan jual beli Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, dan Litecoin melalui dompet digital mereka.

Menerusi pertukaran mata wang kripto ini juga, Paypal akan membolehkan para pelanggan mereka untuk membuat pembelian daripada 26 juta peniaga yang berdaftar di seluruh dunia.

“Perpindahan ke arah pembayaran digital serta menjadikan digital sesuatu yang bernilai semakin pantas, didorong oleh krisis wabak Covid-19 dan minat yang semakin meningkat terhadap mata wang digital di kalangan bank pusat dan pengguna”, jelas Paypal ketika mengumumkan keputusan di atas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: