Bitcoin Sebagai Aset Lebih Baik Berbanding Memegang Wang Tunai – Elon Musk

Bitcoin Sebagai Aset Lebih Baik Berbanding Memegang Wang Tunai – Elon Musk

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc Elon Musk pada hari Khamis lalu berkata memiliki bitcoin memberi kelebihan kecil berbanding memegang wang tun

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc Elon Musk pada hari Khamis lalu berkata memiliki bitcoin memberi kelebihan kecil berbanding memegang wang tunai konvesional.

Namun beliau menegaskan perbezaan tersebut menjadikan matawang krypto itu satu aset yang lebih baik untuk dimiliki ketika ini.

Musk menerusi akaun Twitternya berkata, “Apabila matawang fiat jelas tidak memberi faedah, hanya mereka yang bodoh tidak akan melihat ke tempat yang lain”.

“Bitcoin juga hampir sama karut seperti wang fiat. Kata kuncinya adalah ‘hampir'”, jelas beliau.

Musk juga mempertahankan tindakan Tesla melabur di dalam bitcoin dengan menyebutkan bahawa perbezaan dengan wang tunai menjadikannya cukup mencabar bagi syarikat S&P500 untuk memegang matawng krypto.

Pembelian bitcoin sebanyak AS$1.5 bilion oleh Tesla telah mendorong matawang krypto tersebut melepasi rekod $50,000/BTC pada minggu ini.

Sementara promosi Musk terhadap dogecoin turut membantu menolak naik nilai matawang krypto itu sebanyak 700% pada bulan lalu dan kini kekal didagang di zon tertinggi sejak ianya diperkenalkan pada April 2019.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: