bmw-charging

BMW Tingkatkan Pelaburan Di Kilang EV Hungary Kepada Lebih 2.0 bilion Euro

BMW meningkatkan pelaburan yang dirancangnya dalam kilang kenderaan elektrik (EV) yang sedang dalam pembinaan di Hungary kepada lebih dua bilion euro.

Dalam satu kenyataan semalam, BWM berkata bahawa mereka akan membina kilang pemasangan bateri voltan tinggi bernilai 500 juta euro di sana.

Sebelum ini, BWM mengumumkan pelaburan lebih satu bilion euro untuk kilang Debrecen, yang akan dibuka pada 2025 dan meningkatkan pengeluaran sehingga 150,000 kereta setahun.

Kerajaan Hungary akan menyediakan 13.5 bilion forint (AS$33.92 juta) dalam bentuk subsidi yang tidak boleh dikembalikan untuk pelaburan tambahan itu, kata Menteri Luar Peter Szijjarto semalam.

“Hubungan erat antara pemasangan bateri dan pengeluaran kenderaan adalah sebahagian daripada strategi kami,” kata Markus Fallboehmer, naib presiden kanan pengeluaran bateri di BMW.

BMW kini telah membuat pemasangan bateri di tiga buah kilang di Jerman, di Spartanburg AS dan di Shenyang China.

Sumber bagi sel-sel bateri pula akan diperoleh dari Eropah menerusi pengeluar bateri China CATL dan EVE.

Lima ratus pekerjaan tambahan akan diwujudkan untuk kakitangan kilang pemasangan bateri, lapor Reuters.

Kerajaan Hungary sangat menaruh harapan pada pelaburan kenderaan elektrik dan bateri untuk mengemudi ekonomi kerana sektor kenderaan telah menyumbang kira-kira 5 hingga 6% daripada KDNKnya dan menggaji lebih 150,000 orang rakyatnya.

Pembuat kereta Jerman telah lama menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Hungary, dengan Mercedes-Benz dan Audi turut melabur di negara itu bersama banyak pembekal utama termasuk Continental, Schaeffler dan ZF.

Hungary juga akan menjadi tapak kilang bateri terbesar di Eropah, dalam pembinaan oleh CATL.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *