BNM: Aset Rizab Rasmi Negara Berjumlah AS$104.21 Bilion Pada Akhir Julai 2020

BNM: Aset Rizab Rasmi Negara Berjumlah AS$104.21 Bilion Pada Akhir Julai 2020

Menurut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) pada penghu

Menurut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) pada penghujung Julai 2020 berjumlah AS$104.21 bilion manakala aset mata wang asing lain adalah sebanyak AS$911.5 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan kehadapan, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS8.83 bilion.

“Pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan deposit mata wang asing apabila matang daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara antara yang terlibat dalam aliran keluar tersebut”, jelas BNM.

Bank pusat juga menyebutkan posisi ‘short forward’ adalah sebanyak AS$8.65 bilion sementara jumlah kedudukan ‘long forward’ adalah sebanyak AS$880.0 juta pada akhir Julai 2020, mencerminkan pengurusan tunai ringgit dalam pasaran wang.

BNM juga menjelaskan, “Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek”.

Memetik kenyataan bank pusat, unjuran aliran masuk mata wang asing untuk tempoh 12 bulan kehadapan dijangka mencecah AS$2.31 bilion.

BNK juga menyatakan satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing adalah jaminan kerajaan ke atas hutang luar negeri dalam matawang asing dengan tempoh matang setahun, berjumlah AS$277.7 juta.

“Tiada sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan kepada atau oleh bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” tambah mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: