BNM Dijangka Melabuhkan Tirai Tahun 2020 Dengan Pemotongan OPR Kelima – Bank Islam

BNM Dijangka Melabuhkan Tirai Tahun 2020 Dengan Pemotongan OPR Kelima – Bank Islam

Sebahagian ahli ekonomi melihat terdapat potensi untuk Bank Negara Malaysia mengumumkan pemotongan 25 mata asas kadar faedah (OPR) sebelum akhir tahu

Sebahagian ahli ekonomi melihat terdapat potensi untuk Bank Negara Malaysia mengumumkan pemotongan 25 mata asas kadar faedah (OPR) sebelum akhir tahun ini menjelang mesyuarat dasar yang akan datang.

Hal ini kerana perubahan persekitaran ekonomi makro akibat penularan wabak Covid-19 akan mendorong campur tangan BNM secara lebih proaktif.

Tambahan pula, kebanyakkan bank-bank pusat dunia juga sedang menuju kepada pengenalan kadar faedah yang lebih rendah bagi menyokong kestabilan ekonomi makro negara masing-masing.

Sebagaimana pandangan yang disuarakan oleh ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, BNM dijangka akan menangguhkan pemotongan kadar faedah pada pertemuan hari ini berikutan data ekonomi yang baik seperti jualan kenderaan, eksport dan indeks PMI.

Data-data tersebut mengisyaratkan kurangnya desakan ke atas BNM yang telahpun menurunkan OPR sebanyak empat kali sejak Januari hingga Julai tahun ini ke paras terendah dalam sejarah 1.75%, dengan jumlah pemotongan 125 mata asas.

Walau bagaimanapun, beliau melihat, “Bank Negara telah bertindak proaktif dalam mendukung ekonomi melalui dasar-dasar monetari yang berkembang.”

“Jadi ini mungkin menjadi alasan utama mengapa pasaran mengharapkan pemotongan OPR akan diumumkan pada pertemuan terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada bulan November 2020,” katanya kepada Bernama.

Mengulas tentang apakah OPR yang rendah akan menarik aliran modal asing, Afzanizam berkata ianya bergantung kepada penilaian para pelabur.

Namun beliau yakin bahawa Malaysia mampu memberikan hasil yang lebih baik berbanding AS, UK, EU dan Jepun.

“Sama ada BNM akan mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas esok (10 September), kadar faedah kita masih mempunyai banyak ruang jika dibandingkan dengan kadar Federal Reserve yang ketika ini berada pada 0.25 peratus,” jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: