BNM: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sehingga 4.8%

BNM: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sehingga 4.8%

Bank Negara Malaysia, BNM mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada julat 4.3% hingga maksimum 4.8% bagi tahun 2017. Ini dinyatakan oleh Gabenor

Bank Negara Malaysia, BNM mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada julat 4.3% hingga maksimum 4.8% bagi tahun 2017. Ini dinyatakan oleh Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim. Menurut beliau ini sepadan dengan pertumbuhan ekonomi global yang beransur-ansur lebih baik, peningkatan harga komoditi dan permintaan aktiviti domestik.

 

Ini dilihat sepadan dengan unjuran perbendaharaan apabila bajet fiskal diumumkan Oktober tahun lalu. Tekanan inflasi berkemungkinan besar naik sehingga 3 atau 4% berikutan harga komoditi global yang lebih tinggi, harga tenaga, dan nilai Ringgit Malaysia yang lebih lemah. Secara keseluruhan akaun semasa negara dijangkakan akan mencatatkan lebihan sebanyak 1 atau 2% daripada KDNK tahun ini.

 

Pertumbuhan positif ini dijangkakan dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor pertanian juga dijangka berkembang secara sederhana berikutan kesan Fenomena El-Nino dengan sektor perlombongan dijangkakan kekal sama pertumbuhannya. Pertumbuhan yang kukuh juga dijangkakan pada sektor gas asli.

 

Jika benar ramalan BNM ini, maka kita sebagai rakyat Malaysia patut lebih lega dengan situasi ekonomi semasa. Namun kita tidak boleh menabik dada, kita perlu berusaha bersama-sama merancakkan ekonomi negara yang kita cintai ini

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: