BNM: Faedah Moratorium Ke Atas Sewa Beli Akan Dikemas Kini

BNM: Faedah Moratorium Ke Atas Sewa Beli Akan Dikemas Kini

Kerajaan pada 25 Mac mengumumkan moratorium bayaran pinjaman bank melibatkan individu, PKS dan korporat, termasuk pinjaman sewa beli yang dilakukan s

Kerajaan pada 25 Mac mengumumkan moratorium bayaran pinjaman bank melibatkan individu, PKS dan korporat, termasuk pinjaman sewa beli yang dilakukan secara automatik tanpa tunggakan kadar faedah terakru.

Namun begitu, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) dalam satu kenyataan berkata peminjam sewa beli kini diberikan dua pilihan untuk menguruskan hutang mereka.

Pertama adalah dengan membayar penuh penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan faedah tambahan.

Pilihan kedua adalah para pengguna mengambil moratorium enam bulan yang diberikan, dan mula membayar ansuran selepas Oktober 2020 dengan lanjutan enam bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang.

“Dalam hal ini, faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan,” katanya.

Bagi pelanggan sewa beli yang tidak mengesahkan penerimaan moratorium secara rasmi setelah mendapat notifikasi, mereka dianggap tidak mengambilnya.

“Oleh itu, pelanggan sewa beli (yang tidak mengambil moratorium) akan terus membayar ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal”, ujar ABM.

BNM turut mengesahkan kenyataan ABM di atas menerusi siaran akhbar mereka pada hari Khamis bertajuk “Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap”.

“Susulan daripada pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 25 Mac 2020 yang lalu, institusi perbankan sedang dalam proses memformalkan perjanjian-perjanjian”, jelas BNM.

“Langkah bagi mengemas kini proses penangguhan dengan maklumat terperinci adalah bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian itu.

“Ini termasuk perubahan kepada jadual pembayaran dan atau jumlah pembayaran berikutan moratorium,” tambah mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: