BNM: Kesan Sebenar Covid-19 Ke Atas Bank Masih Tidak Jelas

BNM: Kesan Sebenar Covid-19 Ke Atas Bank Masih Tidak Jelas

Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini berkata kesan sebenar Covid-19 ke atas bank masih tidak menentu dan kebankrapan penyedia perkhidmatan kewang

Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini berkata kesan sebenar Covid-19 ke atas bank masih tidak menentu dan kebankrapan penyedia perkhidmatan kewangan pada 12-18 bulan kehadapan akan dipandu oleh beberapa faktor, termasuk kadar pemulihan ekonomi negara dan serantau.

BNM menerusi Tinjauan Kestabilan Kewangan menyebutkan bahawa kesan wabak ke atas kebangkrapan bank bagi pertengahan tahun pertama 2020 juga akan bergantung kepada kemampuan bank meningkatkan penampan modal (capital buffer) selain daripada campur tangan dasar bagi membantu pemulihan ekonomi.

“Sementara bank dijangka akan lebih berhati-hati dengan ketidakpastian dan prospek pemulihan yang lebih lama, sokongan berterusan kepada perniagaan dan isi rumah dilihat sebagai satu kepentingan bersama di kalangan industri perbankan”, jelas BNM.

Penampan modal yang terbina selama bertahun-tahun adalah bertujuan menyokong pinjaman dalam suasana yang tertekan.

Selain itu, penampan ini juga penting bagi pihak bank untuk terus berdaya tahan dan mengurangkan penghindaran risiko.

“Hal ini adalah kritikal untuk mencegah daripada kesan yang lebih besar ke atas pertumbuhan dan prospek pemulihan, yang mana bakal memicu kerugian yang lebih besar kepada pihak bank”, tambah BNM.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: