BNM Peruntuk Tambahan RM700 Juta Kepada PKS

BNM Peruntuk Tambahan RM700 Juta Kepada PKS

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM700 juta untuk Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) bagi membantu Perusahaan K

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM700 juta untuk Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapatkan pinjaman.

Peningkatan tersebut diumumkan sebulan selepas BNM menambah peruntukan Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) kepada PKS sebanyak RM2 bilion.

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan menyebutkan bahawa peruntukan tambahan tersebut menjadikan jumlah kemudahan pembiayaan BNM kepada PKS mencecah RM6 bilion sejak dilancarkan pada Mac 2020.

“Bantuan moratorium bersasar yang diumumkan oleh kerajaan melalui BNM telah berjaya meringankan beban 1.4 juta individu peminjam dan PKS yang terjejas dengan persetujuan hingga 95 peratus”, jelas beliau.

“Saya ingin menekankan bahawa bantuan ini masih terbuka untuk orang ramai,” tambah Muhyiddin ketika mengumumkan Program Strategik untuk Memberdayakan Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) semalam.

BNM dalam siaran akhbarnya berkata bahawa ADF tersebut terbuka kepada semua PKS Malaysia dengan jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM3 juta bagi setiap PKS untuk tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

“Kadar pembiayaan adalah hingga 4.0 peratus setahun, termasuk yuran jaminan. Perlindungan jaminan disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

“Kemudahan ini disediakan hingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya, mana yang lebih awal,” jelas BNM dalam satu kenyataan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: