BNM: RM2,700 Sebulan Cukup Untuk Hidup Selesa Di KL

BNM: RM2,700 Sebulan Cukup Untuk Hidup Selesa Di KL

Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2017 yang dikeluarkan pada 18 Mac yang lalu, gaji kehidupan wajar (living wage) bulanan yang sesuai

Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2017 yang dikeluarkan pada 18 Mac yang lalu, gaji kehidupan wajar (living wage) bulanan yang sesuai bagi setiap rakyat Malaysia yang menetap di Kuala Lumpur adalah sebanyak RM2,700 sehingga RM6,500

Sumber: Laporan Tahunan 2017 BNM

Anggaran gaji pada tiga kategori di atas (golongan bujang, pasangan tanpa anak & pasangan dengan dua orang anak) adalah wajar dijadikan rujukan median isi pendapatan rumah yang merangkumi segala pembiayaan asas bagi mereka yang ingin menetap di Kuala Lumpur dengan selesa.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim menjelaskan bahawa Kuala Lumpur dijadikan sebagai penanda aras kerana kos sara hidupnya adalah tertinggi berbanding kos kehidupan di Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Paras gaji kehidupan wajar yang dikeluarkan dalam Laporan Tahunan 2017 BNM ini juga dilihat selaras dengan gaji permulaan RM2,207 yang diperolehi oleh graduan ijazah dan RM1,346 sebulan bagi pemegang diploma.

Ibrahim turut menyebut, “Gaji bulanan median pada tahun 2016 untuk pengurus dan profesional di Malaysia berada sekitar RM4,500-RM5,500 yang mana melebihi anggaran gaji kehidupan wajar untuk isi rumah dewasa yang bujang”.

Walau bagaimanapun, gaji kehidupan wajar adalah berbeza dengan gaji minimum di mana perlaksanaan tidak meluas dan terbatas kepada beberapa negara maju sahaja.

Hal ini kerana, pembayaran gaji kehidupan wajar lebih mudah ketika ekonomi sedang berkembang pesat dan majikan tidak terdesak untuk mengurangkan kos tenaga kerja.

Berdasarkan siaran akhbar BNM yang dikeluarkan pada 6 April lalu, BNM menjelaskan bahawa gaji kehidupan wajar hanya berperanan sebagai panduan kepada majikan untuk mempertimbangkan agar pembayaran gaji pekerja selaras dengan keperluan taraf hidup minimum yang boleh diterima dengan mengambil kira produktiviti pekerja bagi mengelakkan peningkatan kos tidak sepatutnya sehingga mendorong kenaikan inflasi.

Oleh itu anggaran ‘gaji kehidupan wajar’ tidak boleh digunakan untuk menilai tahap kemiskinan serta menggantikan gaji minimum yang masih relevan iaitu sekitar RM920 sehingga RM1,000. BNM juga menyatakan bahawa gaji minimum adalah keperluan berkanun dan bertujuan menampung keperluan asas isi rumah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: