BNM: Tiada Rancangan Segera Untuk Terbitkan Mata Wang Digital Bank Pusat

BNM: Tiada Rancangan Segera Untuk Terbitkan Mata Wang Digital Bank Pusat

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pada hari ini bahawa bank pusat belum mempunyai rancangan segera untuk men

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pada hari ini bahawa bank pusat belum mempunyai rancangan segera untuk mengeluarkan mata wang digital bank pusat (CBDC).

Hal ini kerana sistem pembayaran domestik masih cekap untuk menyokong keperluan ekonomi dan membenarkan pembayaran digital masa nyata, jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena pelancaran penerbitan Laporan Tahunan BNM 2021 (AR 2021), Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2021 (EMR 2021) serta Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi separuh kedua 2021 secara maya hari ini.

Nor Shamsiah juga menyebutkan sebarang keputusan dasar BNM mengenai CBDC akan berpandukan manfaat yang jelas yang diukur secara menyeluruh, sambil memastikan risiko yang timbul daripada terbitan CBDC itu dapat diurus dengan berkesan.

Mengulas lanjut, Nor Shamsiah berkata, “BNM akan memantau secara aktif penunjuk-penunjuk utama yang mungkin mencetuskan keperluan untuk BNM mempertimbangkan dengan serius pengeluaran CBDC.”

“Ini termasuk sama ada terdapat tahap penggunaan tunai yang sangat rendah di Malaysia yang boleh membawa kepada pengecualian kewangan dan sejauh mana aset digital terbitan persendirian digunakan untuk pembayaran di Malaysia, yang mana boleh menjejaskan keberkesanan dasar monetari,” katanya.

“Faktor ketiga yang akan kami ambil kira ialah sejauh mana CBDC digunakan untuk memudahkan perdagangan rentas sempadan,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: