BNM : Tindakan Tegas Terhadap Pesalah Di Dalam Pasaran FOREX

BNM : Tindakan Tegas Terhadap Pesalah Di Dalam Pasaran FOREX

Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim berkata bank pusat itu akan bertindak tegas terhadap pesalah-pesalah di dalam pasaran tukaran matawang

Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim berkata bank pusat itu akan bertindak tegas terhadap pesalah-pesalah di dalam pasaran tukaran matawang asing seperti aktiviti suai-tetap kadar tukaran harga dalam memastikan kestabilan Ringgit berterusan.

Bermula tahun hadapan, mana-mana institusi kewangan yang didapati bersalah, nama mereka akan di laporkan kepada awam oleh pihak berkuasa dan pada masa yang sama jumlah denda dan sebab kesalahan mereka juga akan didedahkan untuk makluman umum.

Pada Januari, Bank Negara Malaysia telah mengenakan denda sebanyak 1.4 juta Ringgit terhadap sebuah bank yang enggan dinamakan kerana terlibat dalam aktiviti suai-tetap matawang. Muhammad Ibrahim juga berkata mereka akan sentiasa bertindak tegas sekiranya mereka merasakan aktiviti yang terlibat adalah bukan berdasarkan transaksi perdagangan.

Disember tahun lalu, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan notis tambahan kepada Foreign Exchange Administration (FEA), yang hanya membenarkan perniagaan untuk menerima matawang asing dimana 75% daripadanya harus ditukar ke dalam Ringgit dan selebihnya boleh disimpan di dalam akaun matawang asing.

Ringgit telah jatuh sebanyak 5-7% berbanding Dollar semenjak kemenangan Trump di dalam pilihanraya Presiden AS dan berikutan sentimen yang tidak menyebelahi pasaran ’emerging’. Inflasi dijangka akan berada di paras sekitar 3-4% pada tahun 2017 apabila harga pengguna dilihat meningkat mendadak berbanding tahun lepas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: