BNM: Unjuran GDP Malaysia Tahun 2020 Dijangka Berada Di Antara -2% Sehingga 0.5%

BNM: Unjuran GDP Malaysia Tahun 2020 Dijangka Berada Di Antara -2% Sehingga 0.5%

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi laporan Tinjauan Monetari Ekonomi 2019 yang dikeluarkan pada hari Jumaat lalu menjangkakan kemerosotan pertumbuha

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi laporan Tinjauan Monetari Ekonomi 2019 yang dikeluarkan pada hari Jumaat lalu menjangkakan kemerosotan pertumbuhan ekonomi Malaysia menerusi GDP di antara -2%-0.5% pada tahun 2020.

RHB Investment Bank Bhd juga menurunkan unjuran GDP mereka kepada kosong peratus, selari dengan julat jangkaan yang dikeluarkan oleh BNM.

Hal ini berikutan kesan ekonomi domestik terhadap langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan-kerajaan seluruh dunia bagi menangani penularan wabak koronavirus.

Menerusi tinjaun yang dikeluarkan, BNM berkata, “Yang penting, sektor berkaitan pelancongan dijangka akan terkesan dengan sekatan perjalan pada skala yang lebih luas dan risiko keengganan untuk melancong”.

“Sementara ganggguan pengeluaran pada rantaian global pula akan menekan sektor pembuatan dan eksport”, tambah mereka.

BNM turut menyebut, “Pelaksanaan dan kesan lanjutan MCO, walaupun kritikal, namun akan melembapkan aktiviti ekonomi, diikuti penggantungan operasi perkhidmatan bukan asas dan berkurangnya kapasiti operasi syarikat pembuatan”.

Selain itu, keyakinan pengguna dan pelabur juga akan terus melemah selepas tempoh MCO berikutan kekanganan aktiviti sosial dan ekonomi yang dijangka berlarutan sehingga pandemik diisytiharkan pulih sepenuhnya.

BNM juga mengatakan bahawa ekonomi juga akan terkesan dengan penurunan mendadak harga minyak mentah dan gangguan bekalan pada sektor komoditi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: