BoC Dijangka  Kekal Kadar Di Paras Terendah 0.25% Sehingga Akhir Tahun Depan

BoC Dijangka Kekal Kadar Di Paras Terendah 0.25% Sehingga Akhir Tahun Depan

Bank Pusat Kanada dijangka mengekalkan kadar faedah di rekod terendah 0.25% sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun hadapan sehingga ekonomi pulih da

Bank Pusat Kanada dijangka mengekalkan kadar faedah di rekod terendah 0.25% sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun hadapan sehingga ekonomi pulih daripada krisi koronavirus.

Wilayah-wilayah di Kanada mula dibuka secara perlahan-lahan selepas pandemik menjangkiti sekitar 88,000 orang dan membunuh hampir 7,000 orang sehingga memaksa aktiviti ekonomi dihentikan dan menyeret negera jatuh ke dalam jurang kemelesetan yang terdalam.

Ketua ekonomi di Capital Economics Stephen Brown berkata, “”Masih terdapat beberapa bulan sebelum jelas bagaimana ekonomi dan pasar perumahan berhadapan dengan isu ini, namun risiko menunjukkan bias masih cenderung kearah lebih banyak ransangan-ransangan dasar”.

Kebanyakkan ahli ekonomi menjangkakan bahawa BoC akan meningkatkan pembelian aset dengan selepas mengumumkan pelonggaran dasar dan membeli sehingga $10 billion CAD bon korporat dan $50 billion CAD bon-bon wilayah pada bulan Mac yang lalu.

Tiff Macklem yang akan menggantikan Gabenor BoC Stephen Poloz pada 3 Jun dalam satu kenyataannya berkata kerosakan yang disebabkan oleh pandemi global mungkin tidak seburuk sebagaimana yang dibimbangi.

“Pembuat dasar dan pasaran kewangan terlalu optimis bahawa krisis semasa hanya memberi kejutan di sisi penawaran, membolehkan ekonomi untuk bangkit semula setelah sekatan diangkat,” kata Brendan LaCerda, ketua ekonomi Moody’s Analytics.

“Kemerosotan di pasaran buruh jauh lebih kekal, akan menyebabkan pemulihan yang perlahan.”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: