sunak-uk2

BoE Akan ‘Bertindak Lebih Tegas’ Untuk Membendung Inflasi – Menteri Kewangan UK

Bank Pusat England (BoE) akan “bertindak lebih tegas” untuk membendung lonjakan harga, kata menteri kewangan UK Rishi Sunak hari ini selepas bacaan inflasi mencecah paras tertinggi 40 tahun yang baharu, 9.1 peratus pada Mei.

UK mempunyai “kesemua alat yang kami perlukan” untuk menurunkan inflasi, tegas Sunak.

“Pertama, BoE akan bertindak tegas untuk membendung inflasi. Kedua, kerajaan akan bertanggungjawab dengan pinjaman dan hutang supaya tidak memburukkan keadaan termasuk sehingga menaikkan kadar gadai janji.

Dan akhir sekali, kami sedang meningkatkan produktiviti ekonomi negara, menambah baik bekalan tenaga yang kita miliki,” ujar Sunak.

Sunak dilihat mengulangi skrip yang digunakan oleh BoE pada minggu lalu selepas ia menaikkan kadar faedah dan menyebutkan “jika perlu mereka akan bertindak lebih tegas”.

Beliau mempertahankan bahawa kenaikan pencen yang dirancang adalah sejajar dengan inflasi kerana mempunyai perbezaan kecil berbanding kos pembuatan dan perkhidmatan.

Menteri kewangan UK itu juga berkata kenaikan gaji pekerja sektor awam perlu berkadar dan seimbang, sejajar dengan keperluan untuk tidak memburukkan inflasi dan kekal mampu milik pembayar cukai.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *