boe-gbpusd

BoE Bakal Umumkan ‘Rate Hike’ Ke-9 Walaupun Ekonomi Dilanda Kemelesetan.

Kenaikan kadar faedah kesembilan berturut-turut oleh Bank of England (BoE) pada malam ini sudah hampir pasti, namun para pelabur akan meneliti petunjuk baharu mengenai baki jumlah kenaikan yang diperlukan oleh bank pusat dalam keadaan ekonomi meleset dan kadar inflasi masih melebihi 10 peratus .

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) telah berhadapan dengan berita-berita ekonomi yang menggalakkan dan membimbangkan sejak majoriti mereka bersetuju untuk menaikkan kadar faedah 0.75 peratus pada awal November lalu, kenaikan terbesar sejak 1989.

Menurut data yang diterbitkan semalam, harga pengguna UK meningkat lebih rendah daripada jangkaan BoE sementara tinjauan perniagaan menunjukkan momentum yang semakin lemah dalam ekonomi.

Gaji minimum pula meningkat pada kadar terpantas sejak 2001, tetapi ia turut meningkatan kebimbangan terhadap risiko berlakunya inflasi yang lebih besar.

Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi dalam satu kenyataan berkata ekonomi Britain dilihat akan berada pada prestasi terlemah dalam kalangan negara kaya G7 pada 2023.

Walaupun pound telah mengukuh sejak bulan lalu, masalah inflasi negara ditambah lagi dengan kekurangan pekerja yang teruk untuk mengisi kekosongan, telah menyukarkan usaha BoE untuk memperkenalkan langkah yang seimbang.

Swati Dhingra, salah seorang MPC berkata awal bulan ini bahawa kadar faedah yang lebih tinggi boleh membawa kepada kemelesetan yang lebih mendalam dan lebih lama.

Beliau juga sambil menambah terdapat beberapa tanda bahawa permintaan untuk gaji yang lebih tinggi berisiko mencetuskan lonjakan harga.

Catherine Mann pula berpendapat inflasi akan berakhir “jauh” lebih lama daripada ramalan pusat BoE yang menjangkakan penurunan ke paras 2 peratus dalam masa dua tahun.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *